Thursday, March 3, 2011

PERSAMAAN DIANTARA AFF SUZUKI CUP2010 & WORLD CUP 2010..

assalamualaikum..

sebelum itu,sudah terlambat rasanya bagiku untuk mengucapkan tahniah kepada pemain2 dan jurulatih malaysia..pe tidaknya,sudah 2 bulan lebih pasukan kebangsaan kita menjuarai piala yang paling berprestij di rantau asia tenggara ini..sudah semestinya kita sebagai rakyat malaysia berbangga dengan kejayaan ini..seperti yang diketahui,sudah lama rasanya kita dahagakan kejayaan daripada pasukan bola sepak kita..kali terakhir rakyat di negara ini merasakan kenikmatan kegemilangan pasukan bola sepak kita ialah ketika pada zaman seangkatan ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI dan seangkatan dengan beliau..pencapaian terbaik geng2 SUPERMOKH ialah mereka berjaya memasuki sukan olimpik di Berlin pada 1976(law xsilap aku la)dan pada tahun 1980(malaysia menarik diri)..ketika itu pasukan gergasi Asia seperti JEPUN dan KOREA SELATAN senang sahaja kita ganyang mereka..tapi pada masa kini,kita agak payah juga hendak kalahkan mereka ini..namun pada hemat aku,diorang ini kita boleh kalahkan sekiranya diorang mengikut gameplay kita..aku perhatikan,gameplay pasukan kita agak meningkat sejak memenangi Piala AFF SUZUKI..aku harap inilah kebangkitan pasukan bola sepak kita..bila lagi kita hendak merasa..zaman atok dengan ayah kita sudah rasa semua itu..kita aminkan sajalah..

berbalik pada topik dekat atas itu,sepanjang kejohanan Piala AFF SUZUKI 2010.,aku perasan banyak persamaan dengan WORLD CUP 2010..memang tidak dinafikan,piala aff ni tidaklah segah WC2010..tapi banyak teori2 domino yang sama diantara kedua2 kejohanan ini..hendak tahu lebih lanjut??sila lah baca fakta2 di bawah ini:

  • SEPANYOL dan MALAYSIA tewas dalam perlawanan pertama mereka..akan tetapi,merekalah juara dalam kejohanan tersebut..
  • pasukan yang paling banyak menjaringkan gol (INDONESIA =17 gol di AFF,GERMANY = 16 Gol di WC2010) gagal menjuarai kedua2 kejohanan tersebut..
  • GERMANY dan MALAYSIA mempertaruhkan pemain2 muda dalam kedua2 kejohanan tersebut..
  • pasukan yang paling sedikit penampilan ke final (MALAYSIA ke final cuma 2kali, SEPANYOL ke final hanyalah sekali) berjaya menjuarai kejohanan tersebut berbanding INDONESIA dan BELANDA yang sudah beberapa kali tampil di final.
  • MALAYSIA dan SEPANYOL juga bergelut dalam peringkat kumpulan..tapi akhirnya mereka berjaya..
  • pasukan yang angkuh dalam kedua2 kejohanan ini tidak berjaya memenangi kedua2 kejohanan tersebut ( DIEGO MARADONNA[ARGENTINA] dan ALFRED RIEDHL[INDONESIA] agak angkuh dalam kedua2 kejohanan tersebut..alfred riedhl tidak membenarkan media bertemu ramah dengan pemain2nya..manakala maradonna cukup angkuh dan yakin untuk menang ketika pasukannya hendak menentang pasukan GERMANY..setelah daripada perlawanan itu,kedua2 pasukan telah dibelasah..MALAYSIA 3-INDONESIA 0....ARGENTINA 0-GERMANY 4 )
  • juara bertahan(VIETNAM di AFF 2008.,ITALY di WC2006) tidak berjaya mempertahankan kejuaraan mereka..
  • kedua2 juara,MALAYSIA dan SEPANYOL memperolehi kejayaan berganda apabila SEPANYOL terlebih dahulu menjuarai EURO 2008(AUSTRIA-SWITZERLAND).,manakala MALAYSIA berjaya menjuarai SEA GAMES 2009(LAOS)..
itu sahajalah yang aku perasan dalam kedua2 kejohanan ini..em.,kalau korang semua ada lagi info tentang persamaan AFF SUZUKI 2010 dan WORLD CUP 2010.,silalah komen ye..adios!!

5 comments: