Wednesday, March 2, 2011

Kesetiaan

Sebenarnya aku tiba-tiba rasa tertarik dengan isu ini.aku dapat ilham menulis isu ini pun sebab roomate aku sendiri yang jadi puncanya.haha.sedang asyik dia mengemas bilik(cewaah ayat!!haha),tiba-tiba aku ternampak satu keratan akhbar terpampang wajah FERNANDO TORRES dekat bahagian belakang tu.eh sekejap.Post ini sebenarnya bukannya nak berbual pasal topik cinta..mintak maap lah banyak2 ya..berbulu sikit telinga ini nak mendengar..haha..memang betul aku nak berbual pasal kesetiaan tapi ini nak cerita pasal bola..ahaks.


bercerita balik pasal TORRES tadi.,aku rasa bosan lah dengan dunia bola sekarang ini..bukannya aku tak suka mat,tapi aku cuma tak suka dengan gosip2 pemain ini..si mamat spain ini sendiri yang menjadi pemain kesayangan peminat liverpool(selain pentol diorang,GERRARD)minta kat pengurusan liverpool supaya melepaskan dia dari kelab bersejarah england(selain MANCHESTER UNITED..haha)itu..dulu masa tengah power bukan main lagi cakap nak kekal lah dekat ANFIELD tu..bila dah tak reti nak sumbatkan gol senang2 je tinggalkan kelab itu dengan alasan mencari angin baru ke kelab lain..dah tu tak pasal2 jersi EL-NINO kena bakor dengan fan2 liverpool yang radikal lagi mengganaskan tu..haha..


emm.,nak dipendekkan ceritanya.,janganlah kita semua ini semangat sangat dengan pemain2 kesayangan kita ini untuk terus kekal dengan kelab yang mereka main sekarang 
ini..tiada faedahnya..bukannya aku hendak kondem korang semua tapi aku sudah mual lah dengan benda2 ini semua..sebelum aku hendak tutup cerita.,inilah antara bukti yang membuatkan aku rasa mual lagi meloyakan itu..ahh.,cubalah baca:

  • ZENEDINE ZIDANE telah mendapat tawaran daripada REAL MADRID,namun dia telah menolak atas dasar kesetiaannya pada JUVENTUS..akan tetapi,juve hanya merasa sekejap sahaja pendirian lagenda PERANCIS itu dengan mendapat tawaran yang mencecah rekod dunia ketika itu.akhirnya JUVE berputih mata.
  • CRISTIANO RONALDO sudah beberapa kali dipancing oleh REAL MADRID ketika dia bersama MANCHESTER UNITED..dia juga sudah beberapa kali menolak tawaran itu atas dasar kesetiaanya pada kelabnya..namun,80juta pound telah berjaya menggelapkan mata pemain itu dan juga pengurusnya,SIR ALEX FERGUSON
  • THIERRY HENRY,penyerang berprolifik dalam sejarah EPL telah berpindah ke BARCELONA,selepas kurang dari 24 jam,menyatakan pendiriannya untuk terus kekal bersama ARSENAL.
  • KAKA telah menyatakan pendiriannya untuk mengikut jejak langkah PAOLO MALDINI sebagai ikon kepada kelab AC MILAN..akhirnya dengan tawaran 50juta pound daripada REAL MADRID telah memadamkan kesetiaannya itu..
kalau hendak diikutkan,ada banyak lagi..hehe..selepas ini jangan terkejutlah kalau LIONEL MESSI masuk ke MANCHESTER CITY..haha..salam kesetiaan dari pengarang@admin..

1 comment:

  1. alaaaa...selagi dier da ader kat kelab tu...sokong j la..cam gua di bawah empayar aman ketua kg prt patah gua support j la. t dier pindah lantak dier..asalkan gua da enjoy ngn dier dlu...BENDE BLEYH SETEL..hahaha

    ReplyDelete